Pages

Monday, November 21, 2011

Conference di bukit gambang resort

Currently ada conference women in engineering kat bukit gambang resort... So far... Nothing impressive about this place... Heheh... Statement macam high class je ko... Resort nye la... Water parknye tak pi pun.. N tak terasa tingin pun.. Sbb dah bese tgk air kot... Heheh..

About the conference.. Spt bese la... Mana2 conference yang penganjurnye ipt tertentu... Kompem la akan dimonopoli oleh org2 sendiri... Tu takpe lagi... Since ni international conf... Expect jumpa ramai la gak pak arab ke jepun ke...takdak lgsg... Aku rasa 95% org sendiri rasanya... Hahah...okla depa ada keberanian nak buat conference international, ko ado? Buat seminar sendiri pun tak penah..hahah..

And as expected, memang perjalanan conf agak haru biru skit... Start lambat, urusetia not well prepared...bla2...

Note: draft ni dah lama aku wat....konon nak sambung citer br publish...pastu aku lupe dah...so aku publish jela ek... BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Wednesday, November 16, 2011

Respond drp parents..

Ni rspon mak bapak derang...

Assalamualaikum w.b.t,
 
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan kerana menjawab setiap persoalan dan kemusykilan saya. Selepas melihat penerangan puan yang panjang lebar itu saya berasa lega dan senang hati. Saya bersyukur anak saya ditempatkan di bawah fakulti yang benar-benar mengambil berat dan prihatin dengan pemasalahan pelajarnya. Syabas saya ucapkan.
 
Kesimpulannya saya perlu menasihati anak saya untuk berkerja keras dan berusaha dengan lebih gigih lagi pada semester ke-2 nanti. Mudah-mudahan dengan kerjasama dan semangat yang baru ini, anak saya berjaya dan lulus dalam peperiksaannya. Sesungguhnya yang kurang itu datang daripada saya dan yang baik datang daripadaNya.
 
Sekian, terima kasih.


Dr bapak lak..

Salam Puan Zarina,
 
Saya mengucap ribuan terima kasih di atas penjelasan dari Puan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerisauan saya ke atas kegagalan anak saya di dalam subjek ini. Harapan saya agar anak saya lebih berusaha dan tidak berputus asa untuk berjaya di kemudian hari nanti. Saya akan menasihat anak saya bertemu dengan penasihat akademik  atau pensyarah subjek berkenaan untuk mendapatkan panduan dan bimbingan dari nya.
 
Harapan saya semoga anak saya berjaya menamatkan pengajian Diploma nya di UITM dengan cemerlang. Semoga ada rahmat di sebalik kegagalannya ini, insyaAllah.


Heheh...tatau la depa faham ke idak penjelasan aku tuh...sebenarnya, kita boleh faham kerisauan parents terhadap anak2 depa...tapi tak adil sungguh nak blame lecturer bila anak fail...bila anak excellent lak, puji anak depa genius..lecturer tak penah dpt nama pun..heheh..takpela, kita bukan nak nama pun..kita nak didik anak dia..

Bnyk nak disampaikan tp tak tersampai...heheh...belajar kat sekolah, bdk2 tggu disuap jek oleh cikgu2...kalau cikgu tak push buat latih tubi..tak dpt score la bdk tu kan...so bdk2 di train utk get used dgn soalan, kalau soalan camni, kene jawab camni..so sebenarnya depa dah terhafal pattern of the question...tp pemikiran depa tak betul2 teruji..takpela, mmg kat sekolah apa yg didambakan adalah gred yg bagus...

Berbeza dgn pendidikan di univ...univ adalah tempat utk mempersiapkan pelajar untuk work out depa punye softskills sebelum betul2 berada di real working environment..so univ ni macam tempat training...uk dptkan gred yg bagus bkn lah our top priority..dpt gred yg bagus is a bonus utk student atas his own effort...bila u klua mintak keje nanti...kalau pun u dpt 4 flat, tp tak dpt perform masa keje..ade ke org nak amik ko keje...pointer ni mcm pasport qualification je..sbb ade sesetengah tempat keje set keperluan pointer brp2..dan pointer juga menunjukkan komitmen ko dlm study gak...

So bila di blame ckp adakah pensyarah krg berpengalaman atau ajar tak betul..memang krg adil...pensyarah hanyalah fasilitator...dia just guide n ajar cara utk berfikir..pensyarah bkn cikgu nak suap2 u..kalau tak bg ckup laihan, student tak dpt perform dlm exam..eh itu, student punye tgjwb la nak buat latihan extra ke..nak study dgn lebih efektif ke..sampai bila ko nak bergantung dgn lecturer..sok2 dah keje, bila bos bg keje atau suruh ko setelkan prob, ko nak bergantung dgn sape lak..huhuh...di univ, kita sdg train derang problem solving skills, membentuk kematangan berfikir, voive out your own idea...tp utk train smer tuh, kita perlukan material sbg medium...so, for me..subjek2 yang u all belajar tu hanyalah material yng digunakan utk train your sofskills..di samping beri pendedahan dlm knowledge2 tertentu la kan...aku ckp cume pendedahan sbb bila student dah keje atau pi praktikal, reespond depa ialah..ala...ape bende yg kita bljr masa study dulu, x guna langsung masa keje...hello...kalau ko tak belajo..ko kenalke smer mesin2 tuh...dr mana ko dpt skill utk present...bg idea utk solve prob...memang masa keje depatak tanye dah definition2 ni, tp bila apa2 prob yang perlukan rujukan, at least ko tau...ni skop heat transfer ke..thermodynamic ke...n engineering logic sense...huhuh...cuma di mesia ni..kita terlalu exam oriented..tu psl la gred ni gak yg org nak dipandang..skill utk bekerja nanti krg diasah..sbb tu la kat univ, hang tak pi kuliah je, kene gak aktif berpersatuan, masuk ko-k, buat projek2...smer tuh nak asak leadership, management...adakah depa nampak smer nih..heheh..aku masa student dulu pun tak nampak smer mende nih...tak matang, heheh..tp aku selalu ingatkan diri aku, since aku dh jd lecturer, adalah menjadi tanggungjawab aku nak sampaikan mende2 ni pd derang to make them realize...besenye depa tak amik port sgt pun..takpela, kot2 ada gak masuk dlm otak depa skit2.. Dah memadai...

Masa aku jd student dulu..mana ada org nak aja smer mende ni..utk beri aku kesedaran...pi kuliah pun tarak faham ape pun..redha je la...pandai2 la ko study sndiri balik..tp aku bersyukur sbb masuk usm..walaupun pensyarah tak kisah sgt psl student dia..itu yg membuatkan pelajar struggle...kita belajar n usaha sendiri utk dpt kan gred yg bagus..tanpa kita sedar,kta sebenarnya dah build up never give up spirit n komited, keazaman dlm diri..semer tuh kene dtg dlm diri..bkn leh beli..bkn leh paksa2.. So ko memang bertanggungjawab atas segala pencapaian diri dr segi akademik & your own skills..so kita sebenarnya telah di train tanpa kita sedari...huhuh..

Segala hujah aku kat atas ni smer idea aku sndirik..atas apa yg aku pk sendiri..mungkin org lain ada pendapat berbeza..but who cares...heheh..

Sunday, November 13, 2011

Kenapa anak saya fail???

Heheh..bersedialah untuk membaca satu artikel yang panjang..just to share..


ini rintihan seorang ibu 


Assalamualaikum w.b.t,
Puan,
saya merupakan ibu/bapa kepada pelajar semester 1 dalam kursus Diploma Kejuruteraan Kimia ( EH110). Sewaktu anak saya menyerahkan slip keputusan peperiksaannya pada 4/11/2011 kepada saya, saya merasa agak kecewa apabila anak saya gagal satu subjek iaitu subjek CHE175 (Engineering Physics). Memang pada awal semester anak saya mengakui bahawa subjek ini agak susah dan sukar tetapi saya nasihatkan tingkatkan usaha dan sentiasa berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan dan bertanya kepada pensyarah. Apa yang memusykilkan saya ialah bukan sahaja anak saya seorang yang gagal dalam subjek CHE175 tetapi sebilangan besar rakan-rakan sekelasnya juga turut gagal. Jikalau bilangan pelajar yang gagal dalam jumlah yang ramai, tidakkah pihak fakulti merasa sangsi? Apakah ini secara kebetulan atau ada permasalahan lain yang timbul? Saya tidak pasti apakah masalah sebenar yang anak saya hadapi sewaktu belajar di dalam kelas CHE175. Adakah soalan peperiksaan CHE175 terlampau susah untuk di jawab, adakah ilmu yang di ajar oleh pensyarah mereka tidak cukup buat pelajar atau adakah para pelajar menjawab soalan yang tiada dalam sukatan pelajaran?  Kesemua persoalan itu bermain di fikiran saya. Setahu saya, kebanyakkan soalan di dalam subjek CHE175 berkaitan dengan pengiraan. Timbul persoalan di hati saya, bagaimana anak saya boleh mendapat 'A' dalam subjek Pre Calculus iaitu MAT133 tetapi gagal dalam subjek CHE175?
Bukan niat saya untuk mendabik dada tetapi rintihan hati saya yang agak hampa ketika ini.
Saya meletakkan harapan yang tinggi buat anak saya, begitu juga dengan anak saya yang bersemangat dan berazam apabila mengetahui dapat melanjutkan pelajarannya ke Uitm Dungun dalam kursus yang amat diminatinya iaitu Kimia. Disebabkan gagal subjek CHE175 yang merangkumi 4 jam kredit, maka GPA  anak saya juga turut terjejas. Tidakkah hal ini mematahkan semangat pelajar-pelajar baru, sedangkan cabaran dan laluan sukar sebenarnya menanti mereka di semester-semester akhir nanti. Tujuan saya menghantar e mel ini adalah merayu supaya pihak fakulti memandang berat tentang permasalahan ini dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi masa depan para pelajar puan. Apakah punca kegagalan anak saya dan pelajar-pelajar ini dan dimanakah silapnya. Sebagai pelajar semester 1 sudah pasti banyak perkara yang perlu mereka hadapi dan pelajari serta menyesuaikan diri dengan persekitaran universiti yang serba baru dalam hidup mereka. Semoga rayuan saya ini mendapat pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya daripada pihak puan. Segala kerjasama daripada pihak puan amat-amat saya hargai. Setiap ibubapa itu sudah pasti mahukan yang terbaik buat anak mereka. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.

ini rintihan seorang ayah

Salam Puan Zarina,

Anak saya belajar di tahun 1 di UITM, Dungun di dalam kursus Diploma Kejuruteraan Kimia (EH 110). Amat menyedihkan bila mendapati anak saya gagal di dalam subjek CHE 175. Apa yang memeranjatkan saya sebilangan besar pelajar-pelajar SEKELASNYA turut gagal di dalam subjek ini. Di mana silapnya? Pelajar atau pensyarah yang tidak berpengalaman atau sesuai?

Saya berharap permasalah ini mendapat perhatian dari pihak Puan dengan segera demi masa depan pelajar.

Terima kasih.


Jawapan aku..setelah 2 ari duk pk idea..huhuh..Bukan nak salahkan sesiapa, tapi tak adilla kalau nak pertanggungjawabkan pd pensyarah kalau student fail sdg kan lulus atau gagal student tu sebenarnya di tgn dia sendiri...

Assalamualaikum...

Terima kasih puan atas komen dan pandangan puan. Sesungguhnya anak puan sangat beruntung kerana mempunyai ibu yang mengambil tahu tentang pembelajaran anaknya.

Pertama sekali, saya ingin jelaskan tentang peratus pemarkahan bagi kursus engineering physic. Markah keseluruhan bagi subjek tersebut adalah 100% merangkumi 40% assesment (kuiz, tugasan, ujian, laporan makmal) dan selebihnya iaitu 60% adalah daripada peperiksaan akhir. Sekiranya anak puan mendapat 30 markah daripada 40% assesment tadi, maka anak puan hanya perlukan 20 markah sahaja di dalam peperiksaan untuk lulus iaitu 50 markah (gred c). Apa yang ingin disampaikan di sini ialah, untuk lulus di dalam sesuatu kursus, pelajar perlu membuat sehabis baik dari awal semester untuk dapatkan markah yang tinggi di dalam kuiz, tugasan, ujian dan laporan makmal, dan menjawab soalan peperiksaan akhir dengan baik. Markah keseluruhan bukan hanya dinilai dengan markah peperiksaan akhir. Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik, markah assesment masih ada untuk menyumbang markah keseluruhan.

Hasil analisa saya, bagi kursus CHE175 (Engineering Physic)...seramai 28 daripada 82 orang pelajar part 1 telah gagal (C- ke F) di dalam kursus ini. Daripada 28 orang ini, seramai 25 orang mendapat gred D dan E..iaitu mendapat markah di dalam julat  (30 - 42 markah) iaitu sengat rendah. Ini adalah markah keseluruhan termasuk assesment (40%) dan peperiksaan akhir(60%). Oleh itu, bagi pelajar yang mendapat gred D & E ini, kemungkinan besar pelajar tidak score di dalam assesment (40%) dan/atau tidak dapat menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan akhir. Persoalannya, adakah pelajar-pelajar ini mendapat markah yang baik di dalam kuiz, ujian, tugasan dan laporan makmal, sungguhpun tidak dapat menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan akhir? Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memberi komitmen sepenuhnya untuk mendapatkan markah assesment yang baik kerana sepanjang semester, pelajar berpeluang untuk berbincang dengan pensyarah tentang prestasi dan pemarkahan assesment pelajar tersebut. Sebagai tambahan lagi, seramai 20++ pelajar berjaya mendapat gred B- hingga A. Ini membuktikan bahawa ada sebilangan pelajar yang mampu untuk mendapat gred yang baik di dalam subjek ini. Sekiranya ada masalah di dalam subjek ini, mungkin bilangan pelajar yang gagal adalah lebih ramai dan tiada pelajar yang mampu mendapat gred yang bagus.

Di dalam peperiksaan akhir, terdapat 5 soalan yang wajib dijawab oleh pelajar. Soalan2 tersebut akan menguji pelajar dari segi knowledge (pengetahuan), comprehension (kefahaman) dan application (aplikasi). Ramai pelajar yang mempunyai masalah untuk menjawab soalan aplikasi. Sungguh pun demikian, pelajar2 tersebut masih boleh mendapat markah bagi soalan2 pengetahuan dan kefahaman. Maksud saya, selalunya pelajar akan kategorikan ada soalan senang dan ada soalan susah. Senang apabila pelajar cukup study dan susah apabila pelajar tidak dapat menjawab soalan kerana lemah dalam berfikir secara kritikal.

Adalah kurang adil untuk menyamakan matematik dengan engineering physic kerana matematik adalah berbentuk theory dan engineering physic memerlukan theory dan application. Mungkin anak puan masih mempunyai masalah dalam application dan critical thinking di dalam engineering physic. Tahniah kepada anak puan kerana mendapat A untuk matematik. Sekiranya anak puan strong in math, maka lebih mudah lagi untuk menyesuaikan diri dengan subjek2 engineering akan datang.

Sebagai tambahan lagi, silibus bagi engineering physic adalah hampir sama sahaja dengan fizik spm. Boleh dikatakan bahawa, engineering physic ini adalah hanya satu revision subject bagi pelajar yang baru memasuki program diploma kejuruteraan. Oleh itu, basic fizik ini sudah ada bagi setiap pelajar part 1. Komen pensyarah yang mengajar adalah, basic ilmu  fizik bagi kebanyakan pelajar adalah sangat lemah. Walhal, di dalam engineering physic, kita perlu perkembangkan lagi basic pengetahuan pelajar dari segi aplikasi dan teknik menyelesaikan masalah (problem solving skills). Ini menuntut usaha yang lebih daripada pelajar itu sendiri. Engineering physic ini bolehlah dikatakan sebagai benteng pertama untuk ditembusi bagi pelajar kejuruteraan sebelum mengambil subjek2 yang lebih heavy seperti thermodynamic, materials & energy balance, unit operations, heat transfer dan sebagainya. Maka ini adalah ujian pertama bagi pelajar part 1.

Bagi part 1, kita memang sudah maklum akan ada sebilangan pelajar yang gagal di dalam engineering physic.Pihak fakulti juga mengambil berat akan situasi ini. Ini bukan berlaku di dalam diploma kejuruteraan kimia sahaja, malah bagi diploma kejuruteraan lain juga. Ini adalah kerana pelajar part 1 ini sedang mengalami fasa peralihan (transition phase) daripada sistem pembelajaran di sekolah dan universiti. Di sekolah, pelajar akan diberi latih tubi oleh guru untuk memastikan pelajar dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Di universiti. pensyarah bukan hanya menguji pelajar untuk menjawab soalan dengan baik, malah berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan juga kemahiran2 lain di dalam kelas mahu pun dalam tugasan pelajar. Ini untuk mempersiapkan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan yang sebenar nanti.  Oleh itu, kita tidak membuat suapan kepada pelajar untuk menjawab soalan secara latih tubi sahaja. Namun demikian, kita ada sesi tutorial untuk melatih pelajar menyelesaikan masalah dengan membuat soalan2. Sekiranya pelajar ada membuat soalan2 lebihan, pelajar boleh berjumpa pensyarah untuk berbincang di atas usaha sendiri. Di peringkat universiti, pelajar belajar untuk lebih berdikari dan membuat keputusan untuk diri sendiri. Contohnya, sekiranya pelajar tidak dapat perform pada Ujian 1, maka pelajar tahu bahawa dia bermasalah di dalam subjek ini dan segera berjumpa pensyarah atau berbincang dengan rakan2 dan lebih berusaha untuk mendapatkan markah yang lebih baik untuk ujian 2, seterusnya mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan akhir.  Ramai pelajar yang mengalami  "culture shock" dengan sistem pendidikan di universiti. Ada yang dapat menyesuaikan diri dengan cepat, ada yang masih perlukan masa yang lebih. Pelajar perlu lebih kuat dan berusaha untuk mengharungi fasa ini. Insyaallah, dari semester ke semester, pelajar akan lebih faham untuk menyesuaikan diri dengan ilmu kejuruteraan dan sistem pendidikan di universiti.

Gagal di dalam sesuatu subjek bukanlah suatu pengakhiran. Pelajar masih mempunyai peluang untuk mengulang subjek tersebut. Dari sudut pandangan positif, pelajar tersebut mempunyai peluang kedua untuk lebih berusaha mendapatkan gred yang lebih baik. Di UiTM, kita menggunakan sistem tebus tampal di mana sekiranya pelajar mengulang sesuatu subjek, gred terbaik akan dipilih dan gred yang gagal sebelum ini akan ditampal.Sebagai contoh, gred yang baru adalah A, dan gred gagal adalah E...maka gred A akan menggantikan gred E tadi. Oleh itu, pointer pelajar dapat diperbaiki.

Untuk makluman, setiap pelajar mempunyai penasihat akademik. Oleh itu, sekiranya pelajar mempunyai sebarang masalah di dalam akademik dan ingin berbincang tentang permasalahan dalam pembelajaran, bolehla berjumpa penasihat akademik masing2, Bagi sesuatu subjek yang spesifik, pelajar bolehlah menemui pensyarah subjek berkenaan itu sendiri dengan membuat temujanji. Namun demikian, semua ini haruslah bermula dengan usaha pelajar itu sendiri kerana ramai pelajar yang tidak berminat untuk berjumpa dengan pensyarah.

Semoga email saya ini dapat menjawab persoalan puan tentang kegagalan anak puan di dalam che175. Terima kasih atas atas pandangan dan persoalan puan. Kami juga akan sentiasa memperbaiki segala kelemahan dan teknik pengajaran kami.

Sekian, terima kasih.

Regards,

Puan Zarina Omar

Koordinator Fakulti Kejuruteraan Kimia
UiTM Terengganu,

23000 Dungun, TRG.